Rabu, 14 April 2010

9 atau 10

Pada suatu waktu, di sebuah padang pasir, seorang lelaki sedang membawa sepuluh ekor unta ke kolam air. Setelah berjalan beberapa saat, dia menunggangi salah seekor unta itu dan menghitung yang lainnya. Dia menghitung hanya sembilan saja. Dia turun dan berjalan balik mencari unta yang dikatakan hilang itu. Jika tidak menemukan unta yang dicarinya itu, dia beranggapan telah kehilangan unta itu. Dia berhenti mencarinya lalu berjalan kembali ke tempat unta-untanya dengan perasaan sedih dan bimbang. Lalu dia merasa amat gembira apabila didapatinya semua sepuluh ekor unta itu ada di situ.

Dengan riang dia menunggangi salah seekor dan setelah beberapa waktu dia terfikir untuk menghitung sekali lagi. Ada sembilan saja! Dia turun, keheranan dan mula mencarinya lagi. Unta yang hilang itu tidak ditemui. Dia bergegas ke arah kumpulan unta itu dan apabila dihtungnya, dia heran mendapati kesemua sepuluh ekor unta itu sedang berjalan dengan malasnya.

Dia menyalahkan keadaan panas padang pasir itu lalu menunggangi unta yang di belakang sekali, sambil menghitung yang lainnya untuk ketiga kalinya. Dia masih tidak mengerti, bagaimana seekor unta masih hilang. Dia melompat turun sambil menyumpah-nyumpah syaitan dan dengan letihnya mengulang kerja menghitung unta-unta itu. Ada sepuluh ekor unta !

"Baiklah, wahai syaitan laknat," sungutnya, "lebih baik aku berjalan kerana aku masih mempunyai sepuluh ekor unta daripada menunggangnya seekor unta dan kehilangan seekor.

sumber: dongeng rakyat

Tidak ada komentar:

Posting Komentar